AI untuk Pentadbiran &
Automasi Tugasan Pejabat
Gunakan Google Gemini untuk membantu menghasilkan dokumen, menyusun tindakan, memahami maklumat dan mempermudah aliran kerja pentadbiran.
- Dokumen rasmi dan laporan
- Minit, tindakan dan perancangan
- Automasi aliran kerja berulang

Gunakan data rekaan atau dinyahidentiti
Jangan masukkan nama penuh, nombor pengenalan, alamat, nombor telefon atau maklumat sensitif. Semak fakta dan pastikan keputusan akhir dibuat oleh manusia.
Daripada dokumen mudah kepada aliran kerja menyeluruh
Latihan disusun berperingkat. Sebahagian dibuat bersama semasa sesi; selebihnya boleh diteruskan secara kendiri.
Bina Dokumen
Mulakan dengan hasil yang mudah dilihat dan disemak.
Susun & Tindak
Tukar maklumat mentah kepada keputusan dan tindakan yang boleh dipantau.
Integrasi & Automasi
Gunakan AI untuk memahami sumber, merancang kerja dan memperbaiki proses berulang.
3.1FASA 1 · BUAT BERSAMAMembina Surat Rasmi dengan AI
⌄
Membina Surat Rasmi dengan AI
Senario contoh
Program Hari Keluarga Sekolah
- Tarikh: 15 Jun 2026
- Masa: 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
- Tempat: Dewan Sekolah
- Penerima: Ibu bapa dan penjaga
- Tujuan: Mengeratkan hubungan sekolah dan keluarga
Hasil yang diharapkan
Draf surat rasmi yang mempunyai tujuan, maklumat program, tindakan penerima dan penutup yang sesuai.
Prompt sedia salin
3.2FASA 1 · BUAT BERSAMAMembina Laporan Program Sekolah
⌄
Membina Laporan Program Sekolah
Catatan program
Program Hari Keluarga Sekolah telah berlangsung pada 15 Jun 2026 di Dewan Sekolah. Seramai 320 orang hadir terdiri daripada murid, ibu bapa dan warga sekolah. Aktiviti utama ialah sukaneka keluarga, pameran murid dan sesi perkongsian. Penyertaan sangat baik. Isu utama ialah ruang pendaftaran sesak pada awal program. Cadangan: tambah kaunter pendaftaran dan papan tanda pada program akan datang.
Hasil yang diharapkan
Laporan dengan tajuk, tarikh, tempat, objektif, kumpulan sasaran, aktiviti, pencapaian, isu, cadangan dan rumusan.
Prompt sedia salin
3.3FASA 1 · LATIHAN KENDIRIMembina Kertas Kerja Program
⌄
Membina Kertas Kerja Program
Maklumat contoh
- Nama: Program Kecemerlangan Akademik Tahun 6
- Sasaran: 80 murid Tahun 6
- Tarikh: 26 September 2026
- Tempat: Dewan Sekolah
- Aktiviti: Teknik menjawab, motivasi, klinik mata pelajaran
- Anggaran perbelanjaan: RM1,200
Cabaran kendiri
Minta AI menghasilkan struktur kertas kerja, tetapi pastikan AI tidak mereka nama pegawai, kewangan atau kelulusan.
Prompt sedia salin
3.4FASA 2 · BUAT BERSAMACatatan kepada Minit Mesyuarat
⌄
Catatan kepada Minit Mesyuarat
Catatan mesyuarat
Mesyuarat Jawatankuasa Hari Terbuka, 15 September 2026, 2.30 petang, Bilik Mesyuarat. Diputuskan pendaftaran bermula 8.00 pagi. Puan Aisyah mengurus pendaftaran. Encik Rahman menyediakan tempat. Encik Kumar menyediakan peralatan ICT. Hebahan kepada ibu bapa perlu dihantar sebelum 25 September 2026. Semua persediaan perlu selesai sebelum 1 Oktober 2026. Perkara susun atur tempat perlu disahkan semula oleh penyelaras.
Hasil yang diharapkan
Minit yang membezakan Perbincangan, Keputusan dan Tindakan. Perkara yang tidak jelas mesti ditanda untuk pengesahan.
Prompt sedia salin
3.5FASA 2 · BUAT BERSAMAMinit kepada Pelan Tindakan
⌄
Minit kepada Pelan Tindakan
Prompt sedia salin
3.6FASA 2 · LATIHAN KENDIRISatu Maklumat, Pelbagai Format
⌄
Satu Maklumat, Pelbagai Format
Fakta induk
Program Hari Terbuka Sekolah akan diadakan pada 3 Oktober 2026, 8.00 pagi hingga 1.00 petang di SK Seri Bahagia, Benut. Sasaran ialah ibu bapa dan penjaga. Aktiviti termasuk pameran murid, sesi pertemuan guru dan taklimat sekolah.
Prompt sedia salin
3.7FASA 3 · JIKA SEMPATDokumen kepada Ringkasan Tindakan
⌄
Dokumen kepada Ringkasan Tindakan
Panduan Dalaman Program Sekolah 2026
Muat naik fail ini ke Gemini dan minta ringkasan serta tindakan yang perlu diambil.
Prompt sedia salin
3.8FASA 3 · LATIHAN KENDIRIPerancangan dan Senarai Semak Program
⌄
Perancangan dan Senarai Semak Program
Maklumat program
Program Hari Terbuka: 3 Oktober 2026. Rahman - tempat. Aisyah - pendaftaran. Kumar - ICT. Hebahan ibu bapa sebelum 25 September. Semua persediaan selesai sebelum 1 Oktober.
Output
Jadual persediaan dengan Bil., Tindakan, Pegawai, Tarikh Akhir, Status dan Catatan.
Prompt sedia salin
3.9FASA 3 · CABARAN AKHIRAutomasi Aliran Kerja Pentadbiran
⌄
Automasi Aliran Kerja Pentadbiran
Contoh proses berulang
Menerima permohonan aktiviti daripada guru → menyemak maklumat asas → menyediakan ringkasan untuk pentadbir → menyediakan e-mel maklum balas → menyimpan rekod akhir.
Cabaran anda
Pilih satu rutin pentadbiran di bawah, muat turun fail contoh dan gunakan AI untuk menukar data kepada output yang boleh terus disemak dan diambil tindakan.
Pilih satu rutin pentadbiran untuk dicuba
Fail disediakan dalam beberapa format supaya peserta boleh mencuba cara AI bekerja dengan dokumen, spreadsheet dan slaid.