Alat AI untuk Produktiviti

Kenali ChatGPT, Microsoft Copilot dan Google Gemini, kemudian gunakan struktur prompt yang jelas untuk memperoleh hasil lebih berguna.

Lizawati binti Mi Yusuf
Penceramah Sesi 2Lizawati binti Mi Yusuf
Asas penggunaan

Tiga alat popular, tujuan yang sama

ChatGPT

Penulisan, idea, penyusunan maklumat dan analisis umum.

Copilot

Sokongan produktiviti dalam ekosistem Microsoft, tertakluk kepada lesen organisasi.

Gemini

Penulisan, analisis fail dan tugasan dalam ekosistem Google.

Enam elemen prompt yang baik

  • Peranan: Siapa AI perlu bertindak sebagai?
  • Tugasan: Apakah tindakan yang perlu dibuat?
  • Konteks: Apakah situasi dan latar belakangnya?
  • Input: Apakah maklumat sumber yang diberikan?
  • Format: Bagaimanakah jawapan perlu disusun?
  • Kekangan: Apakah syarat yang wajib dipatuhi?

Contoh prompt lengkap

E-mel mesyuarat sekolah

Anda ialah pentadbir sekolah. Tulis e-mel jemputan Mesyuarat Prestasi Akademik kepada semua guru. Mesyuarat diadakan pada 17 September 2026, jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat Sekolah. Tujuannya ialah membincangkan prestasi akademik semasa dan tindakan penambahbaikan. Minta setiap guru membawa analisis pencapaian kelas. Gunakan Bahasa Melayu rasmi, nada profesional dan maksimum 180 patah perkataan.