SESI 2 · 9 SEPTEMBER 2026

Alat AI untuk
Produktiviti

Gunakan AI dengan arahan yang lebih jelas untuk mempercepatkan tugasan harian.

Sesi hands-on ini memperkenalkan ChatGPT, Google Gemini dan Microsoft Copilot, diikuti latihan membina prompt, menyusun maklumat dan menganalisis dokumen serta data.

Alat AI untuk produktiviti
PraktikalTugasan sebenar sekolah
BerperingkatDaripada asas kepada aplikasi
Mudah diaplikasiPrompt siap salin dan cuba
BeretikaSemak sebelum digunakan
5 LATIHAN PRAKTIKAL

Belajar melalui latihan berperingkat

Kandungan di bawah mengikut latihan sebenar Sesi 2.

1

Prompt Lemah vs Prompt Baik

Bandingkan bagaimana arahan yang umum dan arahan yang jelas menghasilkan jawapan berbeza.

  • E-mel Mesyuarat Prestasi Akademik
  • Kenal pasti 6 elemen prompt
  • Bandingkan kualiti hasil AI
Mula Latihan
2

Ubah Prompt, Ubah Hasil

Gunakan output yang sama tetapi ubah Format dan Nada.

  • E-mel → WhatsApp
  • Maksimum 100 patah perkataan
  • Mesra tetapi profesional
Mula Latihan
3

Daripada Catatan kepada Tindakan

Tukar catatan mesyuarat kepada jadual tindakan yang lebih sistematik.

  • Catatan Hari Terbuka
  • Pegawai bertanggungjawab
  • Tarikh akhir tindakan
Mula Latihan
4

Analisis Dokumen & Data dengan AI

Gunakan dua jenis fail untuk melihat kepelbagaian penggunaan prompt.

  • 4A: Dokumen PDF
  • 4B: Data Excel
  • Bandingkan prompt umum dan prompt spesifik
Mula Latihan
5

Cabaran Bina Prompt Anda

Gabungkan 6 elemen prompt untuk situasi baharu.

  • Program Motivasi Murid Tahun 6
  • Bina prompt sendiri
  • Bandingkan dengan contoh
Mula Latihan
💡 Ingat: AI menghasilkan cadangan. Anda menyemak, membuat pertimbangan dan membuat keputusan.
1
PROMPT LEMAH VS PROMPT BAIK

Hasilkan E-mel Jemputan

Sekolah akan mengadakan Mesyuarat Prestasi Akademik. Anda perlu menyediakan e-mel jemputan kepada semua guru.
Tarikh: 17 September 2026Masa: 2.30 petangTempat: Bilik Mesyuarat SekolahTindakan: Guru membawa analisis pencapaian kelas masing-masing

Prompt Lemah

Buatkan e-mel mesyuarat kepada guru.

Prompt Lebih Berkesan

PerananTugasKonteksMaklumatFormatNada
Anda ialah pembantu pentadbiran sekolah yang berpengalaman. Sediakan e-mel jemputan kepada semua guru untuk menghadiri Mesyuarat Prestasi Akademik. Mesyuarat ini bertujuan membincangkan prestasi akademik semasa dan tindakan penambahbaikan. Mesyuarat akan diadakan pada 17 September 2026, jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat Sekolah. Minta setiap guru membawa analisis pencapaian kelas masing-masing. Sediakan e-mel yang ringkas dan teratur dengan tajuk e-mel yang sesuai. Gunakan Bahasa Melayu yang formal, profesional dan mesra.
Perhatikan perbezaan dari segi ketepatan, kelengkapan, format dan nada.
2
UBAH PROMPT, UBAH HASIL

E-mel → Mesej WhatsApp

FormatNada
Tukarkan e-mel tersebut kepada mesej WhatsApp untuk dihantar kepada guru. Ringkaskan kepada maksimum 100 patah perkataan. Gunakan nada yang mesra tetapi profesional. Kekalkan semua maklumat penting.
3
DARIPADA CATATAN KEPADA TINDAKAN

Susun Maklumat Secara Sistematik

Catatan Mesyuarat Hari Terbuka

Program Hari Terbuka akan diadakan pada 3 Oktober 2026. Pendaftaran bermula jam 8.00 pagi. Encik Rahman akan menyediakan tempat. Puan Aisyah menguruskan pendaftaran. Encik Kumar menyediakan peralatan ICT. Hebahan kepada ibu bapa perlu dihantar sebelum 25 September 2026. Semua persediaan perlu diselesaikan sebelum 1 Oktober 2026.

Prompt Lemah

Ringkaskan catatan ini.

Prompt Lebih Berkesan

Anda ialah pembantu pentadbiran sekolah. Berdasarkan catatan yang diberikan, kenal pasti semua tindakan yang perlu dilakukan. Susunkan maklumat dalam jadual dengan empat lajur: Bil., Tindakan, Pegawai Bertanggungjawab dan Tarikh Akhir. Jangan tambah maklumat yang tidak terdapat dalam catatan. Jika tarikh akhir tidak dinyatakan, tulis “Tidak dinyatakan”.
4
ANALISIS DOKUMEN & DATA

Tanya Fail Anda dengan AI

4A
ANALISIS DOKUMEN

Analisis Dokumen PDF

Muat Turun PDF

Prompt Lemah

Ringkaskan dokumen ini.

Prompt Lebih Berkesan

Anda ialah pentadbir sekolah yang perlu memahami dokumen ini dengan cepat. Berdasarkan dokumen yang saya muat naik sahaja, kenal pasti tujuan program, kumpulan sasaran, tindakan guru, tindakan penyelaras, semua tarikh penting serta dokumen yang perlu disediakan. Susunkan jawapan dalam jadual dengan lajur Perkara, Maklumat Penting dan Tindakan. Jangan tambah maklumat yang tidak terdapat dalam dokumen.
4B
ANALISIS DATA

Analisis Data Excel

Muat Turun Excel

Prompt Lemah

Analisis data ini.

Prompt Lebih Berkesan

Anda ialah pentadbir sekolah yang sedang membuat persediaan untuk Mesyuarat Prestasi Akademik. Analisis data dalam fail Excel yang dilampirkan dan kenal pasti tiga pencapaian terbaik, tiga perkara yang memerlukan perhatian, kadar lulus paling rendah, pola penting dan tiga cadangan tindakan susulan. Gunakan hanya data yang terdapat dalam fail. Sediakan jawapan dalam Bahasa Melayu yang mudah difahami oleh pentadbir sekolah.
5
CABARAN BINA PROMPT

Cuba Gunakan 6 Elemen Sendiri

Anda perlu menyediakan hebahan kepada ibu bapa mengenai Program Motivasi Murid Tahun 6.
24 September 20268.00 pagi – 12.00 tengah hariDewan SekolahSemua murid Tahun 6
Prompt disalin