LATIHAN H3 · RUANG KERJA GOOGLE

Cari versi terkini dokumen dalam Drive dan bandingkan

Cari dokumen kerja dalam Google Drive menggunakan bahasa biasa, kenal pasti versi terkini, dan bandingkan dua versi tanpa membuka setiap fail.

Pengukuhan⏱ 25 minit
Gemini app@Google DriveGemini dalam Drive/Docs
Situasi · Universiti Teknologi Malaysia

Kajian kes

Drive unit mengandungi beberapa versi dokumen yang sama — contohnya draf SOP, minit atau kalendar yang telah dipinda. Anda perlu memastikan versi terkini yang digunakan.

Peraturan ruang kerja:

Data sebenar anda. Jangan kongsi skrin semasa latihan ini. Jangan salin hasil yang mengandungi nama, e-mel atau maklumat pelajar/staf ke dalam laporan, chat bengkel atau mana-mana alat lain. Serahan hanya refleksi dan senarai semak, bukan kandungan e-mel. Ciri @Gmail, @Google Calendar dan @Google Drive bergantung pada tetapan akaun @utm.my; jika tidak muncul, hidupkan sambungan Google Workspace dalam tetapan Gemini atau rujuk pentadbir.

Bahan & sumber

Ruang kerja anda sendiri

Latihan ini menggunakan Gmail, Google Calendar atau Google Drive akaun @utm.my anda. Tiada fail perlu dimuat turun.

Langkah demi langkah

5 langkah

  1. 01
    Pilih dokumen
    Pilih satu jenis dokumen kerja yang ada beberapa versi dalam Drive anda (bukan dokumen sulit).
  2. 02
    Cari
    Gunakan Prompt 1.
  3. 03
    Bandingkan
    Gunakan Prompt 2 bagi dua versi yang dijumpai.
  4. 04
    Semak sendiri
    Buka kedua-dua fail dan semak dua perbezaan yang dilaporkan.
  5. 05
    Panel sisi
    Buka versi terkini dalam Docs, klik ikon Gemini dan gunakan Prompt 3.
Prompt sedia salin

Ganti teks dalam [kurungan] sebelum digunakan

Prompt 1 · Cari dokumen

@Google Drive Cari dokumen berkaitan [TOPIK, contoh "SOP pendaftaran kursus"] yang saya miliki atau dikongsi dengan saya. Senaraikan: Nama fail | Pemilik (unit) | Tarikh diubah suai terakhir. Susun mengikut tarikh terkini dan nyatakan yang mana kelihatan seperti versi terkini serta sebabnya.

Prompt 2 · Bandingkan dua versi

@Google Drive Bandingkan [NAMA FAIL A] dengan [NAMA FAIL B]. Bina jadual: Bahagian | Versi A | Versi B | Jenis perubahan (tambah/buang/pinda). Fokus kepada tarikh, prosedur, pihak bertanggungjawab dan angka. Jangan rumuskan perubahan yang tidak ada.

Prompt 3 · Panel sisi Docs

Ringkaskan dokumen ini dalam 5 perkara utama, kemudian senaraikan bahagian yang mungkin sudah lapuk (contoh tarikh tahun lepas, nama sistem lama, rujukan pekeliling lama).
Hasil serahan

Apa yang perlu dihasilkan

  • Refleksi: adakah Gemini mengenal pasti versi terkini dengan betul
  • Dua perbezaan yang disahkan sendiri

Semakan sebelum serah