Publication
Publication involves sharing research findings, academic papers, or
written works with a broader audience through mediums like books,
journals, conferences, or online platforms.
Pengaturcaraan Web ASP. NET Menggunakan VB dan C#
- ISBN: 978-983-52-1098-3
- Ketebalan: 571
- Web: Penerbit UTM Press
Buku ini memberi pendedahan dan panduan kepada pembaca untuk
membina laman web dengan menggunakan teknologi ASP.NET.
Teknologi ASP.NET merupakan rangka kerja pengaturcaraan
sebelah pelayan yang membolehkan pembangun laman web
menghasilkan aplikasi web dan servis yang bersifat dinamik.
Buku ini juga menerangkan tentang perisian Microsoft Visual
Web Developer (MSVWD) yang diguna untuk menghasilkan laman
web ASP.NET, kawalan piawai dan sintaks asas ASP.NET yang
boleh digunakan oleh pengaturcara untuk menghasilkan laman
web, struktur kawalan, rentetan, kawalan pengesahsahihan,
pangkalan data, dan bahasa pertanyaan berstruktur. Selain
itu, buku ini turut menyediakan banyak contoh atur cara,
latihan pengaturcaraan, dan cara membangunkan aplikasi web
yang melibatkan penggunaan pangkalan data bagi memahir dan
mengukuhkan lagi penguasaan pembaca dalam pengaturcaraan web
ASP.NET. Buku ini sesuai sebagai bahan pengajaran dan
pembelajaran oleh pensyarah dan pelajar, rujukan kepada
pengaturcara yang ingin mempelajari bahasa pengaturcaraan
ASP.NET dengan lebih mendalam, serta pembaca umum yang
berminat untuk mempelajari pengaturcaraan web dan membina
laman web menggunakan ASP.NET dengan mudah dan berkesan.
Pembangunan Aplikasi Web menggunakan ASP.NET
- ISBN: 978-983-52-0757-0
- Ketebalan: 514
- Web: Penerbit UTM Press
Buku ini memberi pendedahan dan panduan kepada pembaca untuk
membangunkan aplikasi web dengan menggunakan ASP.NET.
ASP.NET merupakan bahasa pengaturcaraan sebelah pelayan yang
membolehkan pembangun laman web menghasilkan aplikasi web
dan servis yang bersifat dinamik. Buku ini juga menerangkan
tentang perisian Microsoft Visual Studio 2008 (MVS) yang
digunakan untuk membangunkan aplikasi web dan penggunaan
navigasi, tema dan Master Page bagi menghasilkan reka bentuk
aplikasi web. Selain daripada itu, penerangan tentang
pangkalan data, cara membangunkan pangkalan data, penggunaan
data dalam pangkalan data, penghasilan laporan menggunakan
Crystal Reports dan kawalan ReportViewer, penggunaan kawalan
keselamatan, teknologi AJAX dan pemasangan aplikasi web pada
pelayan web turut diterangkan dalam buku ini. Buku ini
sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran
oleh pensyarah dan pelajar, rujukan kepada pengatur cara
yang ingin mempelajari bahasa pengaturcaraan ASP.NET dengan
lebih mendalam, serta pembaca umum yang berminat untuk
mempelajari pengaturcaraan web dan membangunkan aplikasi web
menggunakan ASP.NET dengan mudah dan berkesan.
Sistem Pangkalan Data
- ISBN: 978-983-52-0778-5
- Ketebalan: 194
- Web: Penerbit UTM Press
Sistem Pangkalan Data ditulis untuk membantu pembaca
memahami konsep, mereka bentuk, dan membangunkan sistem
pangkalan data. Buku ini dibahagikan kepada lapan bab
bermula daripada penerangan tentang pengenalan dan
persekitaran pangkalan data, mereka bentuk pangkalan data
dengan menggunakan model data, penormalan dan penyemakan
sifat jadual, dan diakhiri dengan manipulasi data
menggunakan bahasa pertanyaan berstruktur. Setiap bab
mempunyai soalan latihan yang boleh digunakan untuk menguji
kefahaman pembaca terhadap bab-bab yang diikutinya. Buku ini
sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran
oleh pensyarah, pelajar atau pembaca umum yang berminat
untuk memahami sistem pangkalan data.
Pengkomputeran Selari
- ISBN: 978-983-52-0965-9
- Ketebalan: 138
- Web: Penerbit UTM Press
Pengkomputeran selari merupakan gabungan berbilang pemproses
atau berbilang teras yang tidak bersandar antara satu dengan
yang lain dalam ruang memori dan beroperasi secara bersama.
Teknologi ini telah digunakan dengan meluas dalam
menyelesaikan pelbagai masalah fizikal yang bersifat global.
Teknologi ini juga mampu melaksanakan proses pengiraan yang
kompleks, iaitu mampu menampung ruang ingatan yang cukup
besar dan menyelesaikan masalah yang melibatkan data ukuran
yang sangat besar.
Pengaturcaraan Pangkalan Data Menggunakan Oracle 11g
- ISBN: 978-983-52-0925-3
- Ketebalan: 404
- Web: Penerbit UTM Press
Pangkalan data merupakan komponen utama yang penting dalam
pembangunan sistem maklumat. Penggunaan pangkalan data
membenarkan data hanya ditakrif sekali sahaja. Oleh sebab
pengguna tidak boleh mencapai terus data dari pangkalan
data, maka perisian Sistem Pengurusan Pangkalan Data (SPPD),
iaitu Oracle 11g diguna untuk membolehkan pengguna
berinteraksi dengan pangkalan data. Buku ini memberi
pendedahan dan panduan kepada pembaca untuk melaksanakan
pengaturcaraan pangkalan data menggunakan Oracle 11g.
Perbicangan dalam buku ini dimulakan dengan penerangan
secara teori tentang web, pangkalan data, dan perisian
sistem pengurusan pangkalan data, iaitu Oracle 11g.
Kemudiannya, diikuti perbincangan tentang pelbagai elemen
yang terdapat dalam bahasa pengaturcaraan pangkalan data,
seperti membina pangkalan data, mencapai data menggunakan
pernyataan Select, pembatasan dan isihan, rentetan, dan
struktur kawalan. Buku ini turut menerangkan cara untuk
membangunkan aplikasi web dengan menggunakan ASP.NET dan
PHP. Selain itu, penerangan tentang cara menghasilkan
laporan menggunakan kawalan ReportViewer dan Chart turut
diterangkan dalam buku ini. Setiap bab disertakan contoh
atau latihan yang berkaitan untuk menguji kefahaman pembaca
terhadap bab-bab yang diikutinya. Buku ini sesuai digunakan
sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran oleh pensyarah dan
pelajar, rujukan kepada pengaturcara yang ingin mempelajari
pengaturcaraan pangkalan data Oracle 11g dengan lebih
mendalam, serta pembaca umum yang berminat untuk mempelajari
pengaturcaraan pangkalan data dan membangunkan aplikasi
sistem dengan menggunakan pangkalan data Oracle 11g secara
mudah dan berkesan.
Organisasi Maklumat
- ISBN: 978-983-52-0456-2
- Ketebalan: 237
- Web: Penerbit UTM Press
Organisasi maklumat bermula sebaik sahaja manusia mencipta
bahasa dan menggunakannya bagi membolehkan maklumat
disebarkan daripada seseorang kepada yang lain. Buku ini
memberi penerangan menyeluruh mengenai bidang organisasi
maklumat dengan memberi penekanan kepada maklumat atau
pengetahuan yang telah pun direkod. Memandangkan maklumat
boleh direkod dalam pelbagai jenis media, seseorang yang
ingin memperolehi pengetahuan dan kemahiran mengorganisasi
maklumat perlu mengetahui jenis, kegunaan dan keperluan
untuk mengorganisasinya. Proses mengorganisasi sumber
maklumat tidak lengkap jika tidak mengelaskannya. Menurut
proses pengelasan, setiap bahan diberi satu nombor unik
untuk menentukan lokasinya di rak. Buku ini turut mengenal
pasti prinsip utama dan amalan berhubung dengan
mendeskripsikan sumber maklumat. Prinsip asas klasifikasi
terutamanya bagaimana mengkategori sumber maklumat mengikut
bidang pengetahuan dan subjek khusus turut dibincangkan.
Aspek lain seperti proses pengindeksan automatik dan
pengorganisasian fail juga dihuraikan. Beberapa cadangan
untuk memperbaiki sistem dalam talian turut dikemukakan.
Antaranya aspek reka bentuk sistem sebagai penghubung rekod
metadata untuk pakej maklumat yang ada dalam satu-satu
domain.
Pengaturcaraan Web Hypertext Preprocessor (PHP)
- ISBN: 983-52-0405-5
- Ketebalan: 354
- Web: Penerbit UTM Press
Buku ini memperkenalkan kepada pembaca tentang asas
pengaturcaraan web dalam Hypertext Preprocessor (PHP).
Perbincangan awal dimula dengan memperkenalkan teknologi web
dan perisian sumber terbuka. Kemudiannya, diikuti pengenalan
kepada PHP yang merangkumi konsep, sejarah dan keperluan
asas sebelum menulis atur cara PHP. Selain itu, terdapat
beberapa bab yang menghuraikan pelbagai elemen bahasa
pengaturcaraan. Antaranya struktur kawalan, fungsi,
rentetan, dan tatasusunan. Bab akhir buku ini pula
menerangkan tentang cara membangunkan aplikasi web
menggunakan PHP, iaitu sistem penjanaan nombor dan variasi
rawak. Buku ini juga turut menyediakan contoh atur cara dan
latihan pengaturcaraan bagi memahir dan mengukuhkan lagi
penguasaan pembaca dalam pengaturcaraan web. Buku ini sesuai
sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran oleh pensyarah dan
pelajar, kepada pengaturcara yang ingin mempelajari bahasa
penulisan skrip PHP dengan lebih mendalam, serta pembaca
umum yang berminat untuk mengenali PHP dan ingin mempelajari
asas pengaturcaraan web dengan mudah dan berkesan.
Pengaturcaraan Web ASP.NET
- ISBN: 978–983–52–0736–5
- Ketebalan: 430
- Web: Penerbit UTM Press
Buku ini memberi pendedahan dan panduan kepada pembaca untuk
membina laman web dengan menggunakan teknologi ASP.NET.
Teknologi ASP.NET merupakan rangka kerja pengaturcaraan
sebelah pelayan yang membolehkan pembangun laman web
menghasilkan aplikasi web dan servis yang bersifat dinamik.
Buku ini juga menerangkan tentang perisian Microsoft Visual
Web Developer (MSVWD) yang diguna untuk menghasilkan laman
web ASP.NET, kawalan piawai dan sintaks asas ASP.NET yang
boleh digunakan oleh pengaturcara untuk menghasilkan laman
web, struktur kawalan, rentetan, kawalan pengesahsahihan,
pangkalan data, dan bahasa pertanyaan berstruktur. Selain
itu, buku ini turut menyediakan banyak contoh atur cara,
latihan pengaturcaraan, dan cara membangunkan aplikasi web
yang melibatkan penggunaan pangkalan data bagi memahir dan
mengukuhkan lagi penguasaan pembaca dalam pengaturcaraan web
ASP.NET. Buku ini sesuai sebagai bahan pengajaran dan
pembelajaran oleh pensyarah dan pelajar, rujukan kepada
pengaturcara yang ingin mempelajari bahasa pengaturcaraan
ASP.NET dengan lebih mendalam, serta pembaca umum yang
berminat untuk mempelajari pengaturcaraan web dan membina
laman web menggunakan ASP.NET dengan mudah dan berkesan.
Microsoft SQL Server 2000: Teori dan Amali
- ISBN: 983-52-0354-7
- Ketebalan: 212
- Web: Penerbit UTM Press
Microsoft SQL Server 2000 merupakan salah satu penyelesaian
Sistem Pengurusan Pangkalan Data (SPPD) yang digunakan
secara meluas oleh kebanyakan organisasi pada masa kini.
Buku ini ditulis untuk kegunaan para pelajar yang mengambil
mata pelajaran pangkalan data dengan mengandaikan bahawa
mereka telah mempunyai pengetahuan dalam SPPD. Justeru itu,
buku ini akan memberi pendedahan kepada pembaca untuk
membina satu sistem pangkalan data secara teori dan juga
amali. Buku ini sesuai sebagai bahan pengajaran dan
pembelajaran oleh pensyarah, pelajar dan juga pembaca yang
berminat untuk membangunkan satu sistem pangkalan data
menggunakan Microsoft SQL Server 2000.
Pembangunan Aplikasi Web Menggunakan Active Server Pages (ASP)
- ISBN: 978–983–52–0400–4
- Ketebalan: 379
- Web: Penerbit UTM Press
Persekitaran web menyediakan pelbagai teknologi serta
komponen bagi tujuan pembangunan aplikasi web. Contoh
teknologi atau komponen sedia ada yang boleh digunakan
adalah seperti objek HTML piawai, skrip-pelanggan
(JavaScript, VB Script), teknologi sebelah pelayan seperti
Active Server Pages (ASP), Hypertext Preprocessor (PHP), dan
Java Server Pages (JSP). Kepelbagaian ini membolehkan
persekitaran web digunakan untuk pembangunan pelbagai jenis
aplikasi web sama ada berbentuk konvensional, multimedia
atau saintifik. Justeru itu, buku ini memberi pendedahan dan
panduan kepada pembaca untuk membangunkan aplikasi web
dengan menggunakan teknologi ASP. Selain itu, buku ini juga
menerangkan tentang teknologi web secara umum, penggunaan
sistem pengurusan pangkalan data dalam aplikasi web yang
dibangunkan, penghasilan laporan dengan menggunakan Crystal
Report dan cara menghasilkan laman web bagi troli pembelian.
Sila layari laman web http://www.is.fsksm.utm.my/buku untuk
memperoleh contoh aplikasi mudah yang telah dibangun dengan
menggunakan teknologi ASP. Buku ini sesuai digunakan sebagai
bahan pengajaran dan pembelajaran oleh pensyarah, pelajar
mahupun pembaca umum yang berminat untuk membangunkan sistem
aplikasi web menggunakan ASP.