SESI 4 · DOKUMEN & KOMUNIKASI

Minit Mesyuarat kepada Pelan Tindakan

Tukar minit yang telah dinyahpengenal kepada keputusan, pemilik tindakan, tarikh akhir, komunikasi susulan dan agenda berikutnya.

Staf FC menukar minit mesyuarat kepada pelan tindakan
Hasil: action tracker, susulan dan agenda

ARAHAN

Enam langkah daripada rekod kepada tindakan

Privasi: Gunakan minit latihan atau minit yang telah dinyahpengenal. Jangan masukkan isu tatatertib, kesihatan atau data individu.
1Semak2Keputusan3Tindakan4Susulan5Agenda6Audit
01

Semak dan nyahpengenal

Bertindak sebagai urus setia mesyuarat Fakulti Komputeran UTM. Semak minit sebelum memproses.

Kenal pasti nama, nombor staf/pelajar, e-mel, telefon, isu tatatertib, kesihatan, kewangan atau maklumat sensitif. Cadangkan [PEGAWAI A], [PELAJAR B] dan [UNIT C]. Jangan ulang data sensitif. Berhenti jika risikonya tinggi.
02

Ekstrak keputusan

Gunakan minit selamat. Ekstrak tajuk agenda, ringkasan perbincangan, keputusan rasmi, cadangan belum diputuskan, perkara berbangkit dan maklumat tidak jelas.

Hasilkan jadual dengan lokasi bukti agenda/perenggan. Jangan menukar cadangan menjadi keputusan. Tandakan [PERLU DISAHKAN].
03

Bina action tracker

Tukarkan keputusan kepada ACTION TRACKER: ID, tindakan spesifik, hasil serahan, pemilik peranan, penyokong, tarikh mula, tarikh akhir, kebergantungan, risiko, status dan sumber bukti.

Jangan mereka pemilik atau tarikh. Gunakan [PERLU DISAHKAN]. Setiap tindakan mesti bermula dengan kata kerja dan boleh disahkan siap.
04

Komunikasi susulan

Berdasarkan ACTION TRACKER disahkan, sediakan e-mel rasmi, mesej WhatsApp ringkas dan peringatan individu.

Nyatakan mesyuarat, tindakan, tarikh akhir, kaedah kemas kini dan saluran pertanyaan. Nada profesional, tiada ancaman dan tiada maklumat sensitif.
05

Agenda seterusnya

Sediakan agenda berdasarkan perkara berbangkit dan ACTION TRACKER: pengesahan minit, status tindakan, keputusan baharu, risiko/halangan, perkara lain dan penutup.

Bagi setiap item, nyatakan tujuan, pembentang mengikut peranan, masa cadangan, dokumen diperlukan dan keputusan diminta.
06

Audit ketepatan

Audit ringkasan, keputusan, tracker, komunikasi dan agenda terhadap minit asal. Pastikan setiap keputusan mempunyai bukti, cadangan tidak menjadi keputusan, data sensitif tiada dan pemilik/tarikh tidak direka.

Hasilkan matriks LULUS/TIDAK LULUS dengan isu, bukti, pembetulan dan perkara yang mesti disahkan urus setia.