Prompt 1 · Ringkas thread
Ringkaskan thread ini: (1) isu utama, (2) keputusan yang sudah dibuat dan oleh siapa (jawatan), (3) soalan yang belum dijawab, (4) apa yang diminta daripada saya. Bezakan keputusan daripada cadangan.
Gunakan Gemini terus dalam Gmail untuk memahami thread e-mel yang panjang dan menyediakan draf balasan yang tepat dan bernada sesuai.
Anda menerima thread e-mel panjang (contoh perbincangan jadual atau permohonan) dengan banyak balasan. Anda perlu memahami status terkini dan membalas dengan sopan tanpa menjanjikan perkara di luar bidang kuasa.
Data sebenar anda. Jangan kongsi skrin semasa latihan ini. Jangan salin hasil yang mengandungi nama, e-mel atau maklumat pelajar/staf ke dalam laporan, chat bengkel atau mana-mana alat lain. Serahan hanya refleksi dan senarai semak, bukan kandungan e-mel. Ciri @Gmail, @Google Calendar dan @Google Drive bergantung pada tetapan akaun @utm.my; jika tidak muncul, hidupkan sambungan Google Workspace dalam tetapan Gemini atau rujuk pentadbir.
Latihan ini menggunakan Gmail, Google Calendar atau Google Drive akaun @utm.my anda. Tiada fail perlu dimuat turun.
Ringkaskan thread ini: (1) isu utama, (2) keputusan yang sudah dibuat dan oleh siapa (jawatan), (3) soalan yang belum dijawab, (4) apa yang diminta daripada saya. Bezakan keputusan daripada cadangan.
Draf balasan sopan dan ringkas (maksimum 120 perkataan) yang mengesahkan penerimaan, menjawab [PERKARA YANG BOLEH SAYA JAWAB], dan menyatakan bahawa [PERKARA LAIN] akan dirujuk kepada [UNIT/JAWATAN]. Jangan janji kelulusan atau tarikh yang belum disahkan.
Semak draf balasan ini: adakah ia menjanjikan sesuatu, menyatakan fakta yang tiada dalam thread, mendedahkan maklumat orang lain, atau bernada kurang sesuai? Cadangkan pembetulan.