Prompt 1 · Empat senario
Untuk setiap senario, nyatakan: Teruskan / Teruskan dengan syarat / Jangan. Beri sebab, risiko utama (privasi, ketepatan, kerahsiaan, keputusan), dan langkah perlindungan. S1. Pegawai mahu memuat naik senarai 300 aduan pelajar (dengan nama dan nombor matrik) ke alat AI awam untuk dikelompokkan. S2. Setiausaha mahu AI meringkaskan kertas mesyuarat bertanda SULIT. S3. Staf mahu AI menjana jawapan standard tentang langkah pendaftaran kursus berdasarkan manual awam. S4. Penyelaras mahu AI menentukan pelajar mana layak mendapat pengecualian yuran berdasarkan transkrip yang dimuat naik.