LATIHAN F1 · STUDIO GEMINI NOTEBOOK

Satu sumber, sembilan output: Kalendar Akademik UTM

Setiap kumpulan menjana satu output Studio daripada Kalendar Akademik yang sama, kemudian semua kumpulan mengaudit ketepatan tarikh dalam output masing-masing.

Teras⏱ 45 minit (kumpulan)
Audio OverviewVideo OverviewInfographicSlide DeckMind MapReportFlashcardsQuizData Table
Situasi · Universiti Teknologi Malaysia

Kajian kes

Unit akademik mahu menghebahkan tarikh Semester I 2026/2027 dalam pelbagai format: audio untuk didengar, video pendek, infografik, slaid taklimat, kad imbas dan kuiz untuk staf baharu. Persoalannya: adakah setiap format mengekalkan tarikh yang betul?

Bahan & sumber

Fail untuk latihan ini

Langkah demi langkah

5 langkah

  1. 01
    Sediakan notebook
    Cipta notebook “Latihan F1 — Kalendar 2026/2027” dan tambah PDF kalendar. Gunakan tetapan chat daripada halaman Prompt Gemini Notebook.
  2. 02
    Agih output
    Kumpulan 1: Audio Overview (The Brief). 2: Video Overview (Short/Explainer). 3: Infographic. 4: Slide Deck. 5: Mind Map dan Data Table. 6: Report (Briefing Doc). 7: Flashcards dan Quiz.
  3. 03
    Jana dengan arahan tersuai
    Klik ikon pensel pada jubin Studio dan tampal arahan dalam Prompt 1 (ubah jenis output).
  4. 04
    Audit tarikh
    Setiap kumpulan mengisi jadual audit dalam Prompt 2 berdasarkan output masing-masing.
  5. 05
    Kongsi dapatan
    Setiap kumpulan melaporkan: format mana paling tepat, mana paling mudah tersilap, dan mengapa.
Prompt sedia salin

Ganti teks dalam [kurungan] sebelum digunakan

Prompt 1 · Arahan tersuai Studio

Fokus kepada Semester I Sesi 2026/2027 bagi program Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran sahaja. Sertakan: kuliah bahagian pertama, cuti pertengahan semester, kuliah bahagian kedua, ulang kaji, peperiksaan akhir (nyatakan tiada peperiksaan 4–9 Februari 2027) dan cuti akhir. Gunakan tarikh daripada halaman 1. Jika halaman 1 dan 2 bercanggah, sebut percanggahan itu dan jangan pilih sendiri. Audiens: staf pentadbiran fakulti. Bahasa Melayu.

Prompt 2 · Jadual audit (isi secara manual)

Aktiviti | Tarikh dalam PDF (hlm. 1) | Tarikh dalam output kami | Tepat? | Catatan
Kuliah Bahagian Pertama | 12 Okt – 29 Nov 2026 | | |
Cuti Pertengahan | 30 Nov – 6 Dis 2026 | | |
Kuliah Bahagian Kedua | 7 Dis 2026 – 24 Jan 2027 | | |
Ulang Kaji | 25 – 30 Jan 2027 | | |
Peperiksaan Akhir | 31 Jan – 19 Feb 2027 (tiada 4–9 Feb) | | |
Cuti Akhir | 20 Feb – 21 Mac 2027 | | |

Prompt 3 · Rumusan kelas (fasilitator)

Berdasarkan jadual audit tujuh kumpulan [TAMPAL], rumuskan: format yang paling tepat, format yang paling kerap salah, jenis kesilapan (tahun, julat, tertinggal jeda peperiksaan, salinan typo halaman 2), dan tiga peraturan sebelum mengedarkan output Studio.
Hasil serahan

Apa yang perlu dihasilkan

  • Satu output Studio bagi setiap kumpulan
  • Jadual audit tarikh yang lengkap
  • Rumusan kelas: format paling tepat dan paling berisiko

Semakan sebelum serah

Nota akses dan had:

Slide Deck, Video Overview gaya Cinematic dan sebahagian ciri Infographic terhad kepada pengguna 18 tahun ke atas. Video Overview boleh mengambil masa lama untuk dijana; mulakan awal.