LATIHAN E3 · MULTIMEDIA

Video taklimat 30–60 saat: “Cara daftar kursus”

Tukar manual pendaftaran kepada skrip, storyboard dan klip video pendek, kemudian semak setiap langkah dengan manual.

Lanjutan⏱ 45 minit
GeminiVeo / Gemini Omni (video)Video Overview (pilihan)
Situasi · Universiti Teknologi Malaysia

Kajian kes

Unit akademik mahu video pendek untuk media sosial fakulti yang menerangkan langkah utama pendaftaran kursus pelajar senior. Video mesti tepat dengan manual dan tidak menggunakan logo atau wajah sebenar.

Bahan & sumber

Fail untuk latihan ini

Langkah demi langkah

5 langkah

  1. 01
    Skrip
    Lampirkan Manual Pendaftaran dan gunakan Prompt 1.
  2. 02
    Storyboard
    Gunakan Prompt 2 untuk 4–6 babak.
  3. 03
    Jana klip
    Gunakan Prompt 3 untuk setiap babak dengan Veo atau Gemini Omni. Jana satu babak dahulu untuk menguji gaya.
  4. 04
    Alternatif Notebook
    Jika penjanaan video tidak tersedia pada akaun anda, gunakan Gemini Notebook → Video Overview (Short) dengan manual sebagai sumber.
  5. 05
    Semakan
    Gunakan Prompt 4. Tonton dan semak setiap teks pada skrin.
Prompt sedia salin

Ganti teks dalam [kurungan] sebelum digunakan

Prompt 1 · Skrip 60 saat

Berdasarkan Manual Pendaftaran Kursus yang dilampirkan sahaja, tulis skrip video 60 saat dalam Bahasa Melayu untuk pelajar senior Sarjana Muda: cara mendaftar kursus melalui MyUTM. Format: Masa | Naratif suara | Teks pada skrin. Maksimum 6 langkah. Akhiri dengan "Semak tarikh pendaftaran di laman rasmi fakulti." Jangan sebut tarikh atau yuran yang tiada dalam manual kecuali RM75 sekredit untuk kursus Gantian Gred (hlm. 4).

Prompt 2 · Storyboard

Tukar skrip kepada storyboard 4–6 babak: No. | Tempoh | Visual (huraian) | Pergerakan kamera | Teks pada skrin | Naratif. Gaya visual konsisten: animasi rata, warna biru tua dan emas, watak pelajar rekaan, skrin komputer generik (bukan tangkapan skrin sistem sebenar).

Prompt 3 · Klip video (setiap babak)

Jana klip video 8 saat: [HURAIAN VISUAL BABAK]. Gaya animasi rata yang bersih, warna biru tua dan emas, pencahayaan cerah. Watak pelajar rekaan duduk di hadapan komputer riba dengan skrin generik. Tiada logo, tiada teks yang perlu dibaca dalam video (teks akan ditambah semasa suntingan). Audio: muzik latar lembut tanpa vokal.

Prompt 4 · Semakan video

Saya akan semak video ini. Bina senarai semak: setiap langkah sepadan dengan manual (nyatakan halaman), tiada antara muka sistem sebenar yang disalah gambarkan, tiada logo/wajah sebenar, teks pada skrin dieja betul, sari kata disediakan, dan label "Video dihasilkan dengan bantuan AI".
Hasil serahan

Apa yang perlu dihasilkan

  • Skrip 60 saat
  • Storyboard
  • Sekurang-kurangnya dua klip video atau satu Video Overview
  • Senarai semak video yang lengkap

Semakan sebelum serah

Nota akses dan had:

Penjanaan video mungkin terhad mengikut jenis akaun dan kuota harian. Video Overview dalam Gemini Notebook boleh mengambil masa lebih 30 minit.