Watak · Storyboard · Komunikasi

Lembaran Watak dan Storyboard Pentadbir Sekolah

Bangunkan watak pentadbir sekolah yang konsisten, kemudian gunakan watak tersebut dalam storyboard video makluman rasmi.

Bahan diperlukan

Foto pentadbir yang dibenarkan, logo sekolah, teks makluman rekaan dan Google Gemini.

Hasil akhir

Profil watak, lembaran rujukan, storyboard tiga babak untuk video 10 saat dan audit kesinambungan.

Privasi: Gunakan foto sendiri atau foto yang mendapat izin. Jangan gunakan wajah murid atau individu lain tanpa kebenaran.
Langkah 1

Tetapkan identiti watak

Pilih jawatan, pakaian, ciri visual dan nada komunikasi yang perlu dikekalkan.

Prompt profil watak

Berdasarkan foto rujukan yang dimuat naik, bina PROFIL WATAK PENTADBIR SEKOLAH V1. Watak ialah [GURU BESAR/PENOLONG KANAN] sekolah rendah Malaysia. Huraikan wajah, pakaian profesional, warna pakaian, aksesori, postur, personaliti dan gaya komunikasi. Jika watak wanita Muslim, kekalkan tudung yang kemas dan sopan. Jangan ubah identiti atau menambah logo.

Langkah 2

Hasilkan potret rujukan utama

Prompt potret

Gunakan foto rujukan dan PROFIL WATAK PENTADBIR SEKOLAH V1. Hasilkan potret fotorealistik dari kepala hingga pinggang, pandangan ke kamera, ekspresi mesra dan yakin, postur tegak serta latar neutral. Kekalkan wajah, pakaian, tudung jika berkenaan, warna dan aksesori dengan tepat.

Langkah 3

Bina lembaran watak

Prompt lembaran watak

Hasilkan lembaran watak profesional bagi watak pentadbir sekolah yang sama. Paparkan pandangan hadapan, tiga suku, sisi dan belakang; empat ekspresi; serta tiga aksi: memberi taklimat, menyemak dokumen dan berbincang dengan guru. Gunakan latar putih dan label Bahasa Melayu. Jangan mengubah wajah atau pakaian.

Langkah 4

Audit konsistensi watak

Prompt audit

Audit potret dan lembaran watak. Semak wajah, bentuk badan, pakaian, tudung jika berkenaan, warna, aksesori dan umur visual. Hasilkan jadual Komponen | Rujukan | Hasil Semasa | Status | Pembetulan. Akhiri dengan KUNCI KESINAMBUNGAN WATAK maksimum 100 patah perkataan.

Langkah 5

Tulis mesej video rasmi

Gunakan makluman rekaan seperti Hari Terbuka, kehadiran atau keselamatan sekolah.

Prompt skrip

Tulis skrip video makluman rasmi selama 10 saat yang disampaikan oleh pentadbir sekolah. Topik: [TOPIK]. Sasaran: [IBU BAPA/GURU/MURID]. Sampaikan satu mesej utama, satu tindakan yang diminta dan penutup yang sangat ringkas. Gunakan Bahasa Melayu baku, nada mesra dan profesional. Jangan cipta tarikh atau fakta.

Langkah 6

Pecahkan skrip kepada tiga babak

Prompt shot list

Pecahkan skrip yang diluluskan kepada tiga babak dengan jumlah tepat 10 saat. Hasilkan jadual Babak | Masa | Jenis Syot | Visual dan Aksi | Dialog | Ekspresi | Latar | Audio | Peralihan. Watak utama mestilah pentadbir sekolah yang sama dan setiap dialog mesti sepadan dengan skrip.

Langkah 7

Hasilkan storyboard

Prompt storyboard

Gunakan lembaran watak yang diluluskan, KUNCI KESINAMBUNGAN WATAK dan shot list. Hasilkan storyboard 16:9 dengan tiga panel. Setiap panel mesti memaparkan nombor babak, masa, visual, aksi, dialog ringkas dan arah kamera. Kekalkan identiti pentadbir, suasana sekolah rendah Malaysia dan gaya fotorealistik.

Langkah 8

Semak dan simpan hasil

Prompt semakan akhir

Audit storyboard akhir. Semak kesinambungan watak, ketepatan maklumat, kesesuaian latar sekolah, keterbacaan teks, tempoh babak dan urutan cerita. Hasilkan jadual Komponen | Status Lulus/Tidak Lulus | Isu | Pembetulan. Jangan ubah hasil sebelum saya meluluskan senarai pembetulan.

Simpan: profil watak, potret utama, lembaran watak, skrip, shot list, storyboard dan laporan audit.