Memahami asas kecerdasan buatan
Konsep asas AI generatif, contoh kegunaan dalam pentadbiran dan batasannya.
Kenali potensi dan batasan AI →Daripada prinsip kepada amalan
Memahami tanggungjawab mengurus data dan menggunakan kecerdasan buatan generatif secara berintegriti dalam persekitaran kerja.
Kursus Amanah Data dalam Kecerdasan Buatan Generatif: Daripada Prinsip kepada Amalan memperkenalkan asas kecerdasan buatan (AI) dan kegunaannya dalam pentadbiran, di samping menekankan tanggungjawab menjaga amanah data apabila teknologi AI generatif digunakan.
Peserta akan meneliti prinsip etika penggunaan AI, mengenal pasti risiko penyalahgunaan, serta memahami kepentingan kerahsiaan, ketepatan dan kawalan terhadap maklumat yang dikongsi dengan sistem AI. Melalui perbincangan berasaskan situasi kerja, peserta dibimbing untuk membuat pertimbangan yang berintegriti sebelum menggunakan AI dan menyemak hasil yang dijana.
Kursus ini menghubungkan prinsip integriti dengan tindakan harian supaya penggunaan AI dapat menyokong tugasan pentadbiran tanpa mengabaikan tanggungjawab terhadap data dan maklumat organisasi.
Gunakan AI dengan bijaksana. Pelihara data dengan amanah.
Kandungan kursus bergerak daripada pemahaman asas AI kepada panduan etika dan amanah data yang boleh diterapkan dalam amalan kerja.
Konsep asas AI generatif, contoh kegunaan dalam pentadbiran dan batasannya.
Kenali potensi dan batasan AI →Tujuh prinsip etika AI kebangsaan dan tanggungjawab pengguna dalam tugasan harian.
Prinsip sebelum prompt →Maklumat tidak tepat, rujukan yang direka, pendedahan data dan kebergantungan tanpa semakan.
Fikirkan risiko sebelum menggunakan AI →Memilih maklumat yang boleh dikongsi, menggunakan data minimum dan menyemak hasil AI.
Lindungi maklumat organisasi →Menghubungkan pengetahuan tentang AI dan integriti dengan keputusan praktikal dalam tugasan harian.
Menerangkan konsep asas, kegunaan dan batasan AI generatif dalam pentadbiran, serta memilih antara Gemini dan Gemini Notebook mengikut tugasan.
Mengaitkan prinsip etika AI dengan tugasan harian dan membina prompt yang menyatakan tugasan, sumber, format hasil dan kawalan.
Mengesan fakta, rujukan atau angka yang tidak disokong sumber serta risiko pendedahan maklumat.
Menggunakan data minimum atau agregat, menyemak hasil dengan sumber dan memastikan semakan manusia sebelum hasil dikongsi.
Ikut urutan ini sebelum dan semasa program supaya anda boleh terus berlatih tanpa mencari bahan.
Semak akaun Gemini, peranti dan fail latihan yang diperlukan.
Buka persediaan →02Hari programSusunan sesi pada 2 November 2026, 8.30 pagi – 1.00 petang.
Lihat tentatif →03Semasa sesiNota Sesi 1–4, panduan klasifikasi data dan glosari istilah AI.
Baca nota sesi →04Latihan35 latihan dalam 8 kategori — dokumen, data, multimedia, Studio dan Google Workspace — dengan fail dan prompt sedia salin.
Pilih latihan →Beliau akan membimbing peserta memahami prinsip penggunaan AI generatif yang berintegriti dan mengaitkannya dengan tanggungjawab menjaga amanah data dalam tugasan pentadbiran.
Semua staf di bawah JTNCA dijemput hadir. Mata CPD disediakan.
Buka Google Meet