Modul 7 · Latihan 7 · 60 minit

Workflow Penyelidikan Berbantu AI

Gabungkan alat, format fail, keputusan manusia, risiko dan bukti kepada workflow yang boleh diaudit.

A · Pilih tugasan

  1. Pilih satu projek seperti tinjauan literatur, bibliometrik atau laporan perkhidmatan.
  2. Nyatakan persoalan, pengguna akhir dan hasil yang diperlukan.
  3. Muat turun templat workflow.

B · Petakan sembilan peringkat

  1. Persoalan dan skop.
  2. Carian serta pengumpulan.
  3. Pemilihan dan penilaian.
  4. Pengurusan rujukan.
  5. Analisis.
  6. Visualisasi.
  7. Penulisan.
  8. Pengesahan.
  9. Perkongsian dan arkib.

C · Gunakan Gemini sebagai pereka proses

Prompt workflow

Berdasarkan templat workflow dan projek yang saya terangkan, cadangkan aliran kerja penyelidikan hujung ke hujung. Bagi setiap peringkat, nyatakan input, aktiviti, alat, output, format fail, keputusan manusia, risiko, bukti yang perlu disimpan dan kriteria selesai. Tandakan semua pemindahan data antara alat. Jangan cadangkan AI untuk membuat keputusan akhir atau memproses data sulit tanpa kawalan.

D · Lengkapkan kawalan

  1. Tambah konvensyen nama fail dan kawalan versi.
  2. Tentukan lokasi penyimpanan dan sandaran.
  3. Tandakan titik semakan manusia.
  4. Tambah log prompt, sumber dan pembetulan.
  5. Hasilkan flowchart, SOP satu halaman dan checklist audit.
  6. Uji workflow menggunakan satu kes kecil.

Hasil: Workflow visual, SOP, matriks risiko, checklist audit dan pelan penyimpanan bukti.

0 daripada 1 latihan selesai