Modul 7 · Latihan 3 · 60 minit
Laporan Penyelidikan dengan Deep Research
Gunakan Deep Research untuk membina laporan bersumber dan audit setiap dakwaan sebelum digunakan.
A · Tetapkan persoalan
- Gunakan persoalan: Bagaimanakah perpustakaan akademik menggunakan AI untuk meningkatkan perkhidmatan rujukan dan sokongan penyelidikan?
- Hadkan tempoh, lokasi, bahasa, jenis sumber dan kumpulan sasaran.
- Nyatakan sumber primer dan akademik yang perlu diutamakan.
- Tetapkan perkara yang tidak termasuk dalam skop.
B · Bina dan semak pelan Deep Research
Prompt Deep Research
Jalankan Deep Research tentang penggunaan AI dalam perkhidmatan rujukan dan sokongan penyelidikan oleh perpustakaan akademik. Fokus 2021–2026, Malaysia dan ASEAN dengan perbandingan antarabangsa terpilih. Utamakan artikel jurnal, laman rasmi perpustakaan, dokumen kerajaan dan organisasi profesional. Teliti aplikasi, hasil, risiko, kompetensi staf, tadbir urus dan jurang bukti. Sebelum memulakan, paparkan pelan penyelidikan, soalan kecil, kriteria sumber dan struktur laporan untuk kelulusan saya.
- Semak pelan dan pinda istilah atau skop.
- Jalankan Deep Research selepas pelan dipersetujui.
- Semak kepelbagaian dan kredibiliti sumber.
- Buka sumber bagi setiap dakwaan penting.
C · Audit laporan
- Bina matriks dakwaan–bukti–sumber–tarikh–status.
- Bezakan dapatan kukuh, bukti terhad dan pendapat komersial.
- Buang sumber pendua atau dakwaan yang tidak disokong.
- Tulis ringkasan eksekutif selepas audit selesai.
Hasil: Pelan Deep Research, laporan bersumber, matriks bukti, ringkasan eksekutif dan log pengesahan.
0 daripada 1 latihan selesai