Modul 7 · Latihan 2 · 90 minit

Laporan Tahunan UTM 2020

Gabungkan Gemini Notebook dan Google Gemini untuk menukar laporan tahunan kepada bukti, visual dan laporan keputusan.

A · Audit Laporan Tahunan

  1. Buka latihan rujukan dan dapatkan Laporan Tahunan UTM 2020.
  2. Cipta Gemini Notebook bernama Laporan Tahunan UTM 2020.
  3. Muat naik PDF dan sahkan semua bahagian boleh dibaca.
  4. Bina indeks bahagian, julat halaman, indikator dan potensi kegunaan pengurusan.

B · Ekstrak bukti

  1. Hasilkan ringkasan eksekutif bersitasi.
  2. Ekstrak KPI bersama nilai, unit, tempoh dan halaman.
  3. Asingkan pembelajaran, penyelidikan, komuniti, digital, bakat, kewangan dan global.
  4. Bezakan aktiviti daripada bukti hasil atau impak.
  5. Tandakan perkara yang tidak boleh disimpulkan daripada laporan satu tahun.

C · Sediakan Evidence Pack

Prompt Evidence Pack

Gabungkan hanya dapatan yang telah disahkan kepada Evidence Pack UTM 2020. Sertakan profil sumber, kamus KPI, semua angka bersama unit dan halaman, matriks pencapaian–bukti–batasan, garis masa COVID-19, ringkasan kewangan, ranking, perkara yang tidak boleh disimpulkan dan senarai rujukan halaman. Jangan membuang rujukan ketika meringkaskan.

D · Handoff kepada Google Gemini

  1. Muat naik Evidence Pack dan laporan asal ke Gemini.
  2. Audit angka sebelum menjana visual.
  3. Cadangkan maksimum lapan visual dengan data, formula, unit dan risiko salah tafsir.
  4. Bina dashboard dalam Canvas jika tersedia.
  5. Hasilkan laporan pengurusan, brief dua halaman dan poster ringkasan.

Hasil: Evidence Pack, KPI bersitasi, dashboard, laporan pengurusan dan senarai semak pengesahan.

0 daripada 1 latihan selesai