Modul 6 · Latihan 8 · 60 minit

Hasilkan Visualisasi dan Dashboard dengan Google Gemini

Gunakan prompt berstruktur untuk merancang, menghasilkan dan mengaudit prototaip dashboard berbantu AI.

A · Muat naik dataset

  1. Buka Google Gemini dan mulakan chat baharu.
  2. Muat naik dataset-visualisasi-perpustakaan.csv.
  3. Nyatakan bahawa fail mengandungi 180 rekod sintetik bagi 2023–2025.
  4. Minta Gemini menggunakan fail sahaja dan menyatakan apabila sesuatu tidak dapat ditentukan.

B · Rancang visualisasi

Prompt 1 · Pelan dashboard

Bertindak sebagai pereka visualisasi data penyelidikan. Gunakan hanya fail CSV yang saya lampirkan. Jangan mengubah data, mencipta nilai atau membuat andaian yang tidak disokong. Cadangkan satu dashboard prestasi perkhidmatan perpustakaan untuk pustakawan. Sediakan: (1) empat KPI, (2) lima visual yang sesuai, (3) medan bagi paksi, nilai, warna dan penapis, (4) tajuk berbentuk dapatan, dan (5) sebab setiap visual dipilih. Nyatakan formula pengagregatan seperti SUM atau AVERAGE.

  1. Hantar Prompt 1 bersama fail CSV.
  2. Bandingkan medan yang dicadangkan dengan kamus data.
  3. Tolak visual yang tidak sepadan dengan jenis data.
  4. Pilih empat KPI dan empat visual untuk prototaip.

C · Hasilkan dashboard dalam Canvas

Prompt 2 · Prototaip interaktif

Berdasarkan pelan yang telah disahkan, gunakan Canvas untuk menghasilkan prototaip dashboard web interaktif satu halaman daripada fail CSV yang dilampirkan. Dashboard mesti mempunyai empat kad KPI, bar chart mengikut service, line chart mengikut date, scatter plot avg_response_minutes berbanding satisfaction_score, jadual mengikut faculty, serta penapis year, service dan user_group. Gunakan tajuk, legenda, unit, tooltip dan sumber data yang jelas. Jangan cipta nilai. Jika data tidak dapat dibaca atau ciri Canvas tidak tersedia, berikan kod HTML/CSS/JavaScript lengkap dan arahan menjalankannya.

  1. Hantar Prompt 2 dalam perbualan yang sama.
  2. Buka Canvas atau pratonton kod yang dihasilkan.
  3. Uji setiap penapis dan tooltip.
  4. Semak sama ada perubahan penapis mengemas kini semua KPI dan carta.
  5. Minta Gemini membetulkan hanya komponen yang gagal.

D · Sahkan angka dengan Power BI

Prompt 3 · Audit visual

Audit dashboard ini terhadap fail CSV asal. Bagi setiap KPI dan visual, nyatakan medan sumber, agregasi, penapis aktif dan nilai semakan. Tandakan sebarang nilai yang tidak dapat dijejaki kepada CSV. Jangan menganggap dashboard betul hanya kerana kod berjaya dipaparkan.

  1. Hantar Prompt 3.
  2. Bandingkan jumlah penggunaan, muat turun, purata kepuasan dan purata masa respons dengan Latihan 7.
  3. Bandingkan ranking perkhidmatan dan bentuk trend masa.
  4. Catat setiap perbezaan dalam jadual audit.
  5. Terima hasil hanya selepas angka utama sepadan.
KomponenNilai GeminiNilai Power BIKeputusan
Jumlah penggunaan____________Padan / Semak
Purata kepuasan____________Padan / Semak
Perkhidmatan tertinggi____________Padan / Semak

E · Eksport hasil

  1. Simpan atau eksport prototaip/kod yang dihasilkan.
  2. Ambil tangkapan dashboard selepas semua penapis diuji.
  3. Simpan tiga prompt dan respons Gemini.
  4. Sertakan jadual audit dan catatan pembetulan manusia.
Prinsip: Gemini membantu menghasilkan reka bentuk dan kod. Penyelidik tetap bertanggungjawab menyemak angka, agregasi, interpretasi dan sumber.

Hasil: Satu prototaip dashboard, tiga prompt, jadual audit dan rekod pengesahan terhadap Power BI.

0 daripada 1 latihan selesai