Modul 4 · Latihan 4 · 50 minit
Analisis dan Ramalan Penduduk Malaysia
Analisis trend penduduk dan bandingkan model ramalan menggunakan dataset rasmi OpenDOSM.
A · Import dan tapis data
- Import CSV ke Excel atau Google Sheets.
- Pastikan lajur tarikh, jantina, umur, etnik dan populasi dikenal pasti.
- Untuk jumlah nasional, tapis
sex=both,age=overalldanethnicity=overall. - Jangan jumlahkan kategori umur, jantina atau etnik yang bertindih.
- Susun tahun dari kecil ke besar dan sahkan tempoh 1970–2026.
B · Audit data
- Kira bilangan tahun dengan
=COUNTA(A2:A100)-1jika tajuk termasuk dalam julat. - Semak tahun pendua dengan
=COUNTIF($A$2:A2,A2). - Semak nilai kosong dengan
=COUNTBLANK(B2:B100). - Semak minimum dan maksimum populasi dengan
=MIN(B2:B100)dan=MAX(B2:B100).
C · Kira pertumbuhan
- Di lajur baharu, kira perubahan mutlak:
=B3-B2. - Kira kadar pertumbuhan tahunan:
=(B3-B2)/B2. - Formatkan hasil sebagai peratus dan semak tahun luar biasa.
- Kira CAGR keseluruhan menggunakan formula berikut.
Formula CAGR
=(B_akhir/B_awal)^(1/Bilangan_Tahun)-1
Contoh: =(B58/B2)^(1/(A58-A2))-1
D · Bina model asas
- Linear: gunakan
=FORECAST.LINEAR(Tahun_Baharu,$B$2:$B$47,$A$2:$A$47). - CAGR: gunakan
=Nilai_Terakhir*(1+$CAGR$)^(Tahun_Baharu-Tahun_Terakhir). - Holt: gunakan fungsi
FORECAST.ETSjika tersedia atau minta Gemini menerangkan kaedah Holt damped trend. - Gunakan data sehingga 2015 untuk latihan dan 2016–2026 untuk ujian.
E · Nilai ketepatan
| Metrik | Formula spreadsheet |
|---|---|
| Ralat | =Actual-Forecast |
| Ralat mutlak | =ABS(Actual-Forecast) |
| Squared error | =(Actual-Forecast)^2 |
| APE | =IFERROR(ABS((Actual-Forecast)/Actual),0) |
| MAE | =AVERAGE(Julat_Ralat_Mutlak) |
| RMSE | =SQRT(AVERAGE(Julat_Squared_Error)) |
| MAPE | =AVERAGE(Julat_APE) |
F · Ramal 2027–2050
- Pilih model dengan ralat ujian paling rendah dan andaian paling munasabah.
- Hasilkan senario asas menggunakan model terpilih.
- Bina senario rendah dan tinggi dengan kadar pertumbuhan alternatif yang dijelaskan.
- Bina line chart data sebenar dan tiga senario ramalan.
- Bezakan garis data sebenar dan ramalan.
Prompt Gemini
Analisis population_malaysia.csv selepas menapis sex=both, age=overall dan ethnicity=overall. Semak formula pertumbuhan, CAGR, linear forecast dan Holt damped trend. Gunakan data hingga 2015 sebagai latihan dan 2016–2026 sebagai ujian. Bandingkan MAE, RMSE dan MAPE. Cadangkan senario rendah, asas dan tinggi bagi 2027–2050. Nyatakan formula, andaian dan ketidakpastian; jangan cipta nilai yang tiada.
Hasil: Data bertapis, jadual pertumbuhan, perbandingan model, tiga senario ramalan dan carta hingga 2050.