Modul 4 · Latihan 3 · 40 minit

Analisis Data Bibliografi WoS

Gunakan wos2324.ris untuk menghasilkan statistik bibliografi asas yang boleh disahkan.

Angka kawalan: 288 rekod; 243 rekod tahun 2023 dan 45 rekod tahun 2024.

A · Kenali struktur RIS

  1. Buka fail dengan editor teks dan perhatikan kod tag.
  2. Kenal pasti tag tajuk, pengarang, tahun, sumber, DOI, abstrak dan kata kunci.
  3. Perhatikan bahawa setiap rekod berakhir dengan ER -.
  4. Muat naik fail ke Gemini.

B · Sahkan bilangan rekod

  1. Minta Gemini mengira bilangan penanda ER.
  2. Bandingkan dengan angka kawalan 288.
  3. Jika berbeza, hentikan dan minta Gemini menerangkan cara rekod dipisahkan.
  4. Sahkan taburan tahun 2023 dan 2024.
Prompt 1 · Parse RIS

Baca wos2324.ris sebagai fail RIS. Gunakan tag ER sebagai sempadan rekod. Sahkan jumlah rekod, senaraikan semua tag yang ditemui dan petakan tag kepada medan bibliografi. Jangan teruskan analisis jika jumlah rekod bukan 288.

C · Bersihkan medan

  1. Semak variasi nama pengarang dan kata kunci.
  2. Buang ruang berlebihan tetapi jangan gabungkan istilah tanpa peraturan.
  3. Senaraikan DOI, abstrak atau kata kunci yang hilang.
  4. Simpan peraturan pembersihan dalam log.

D · Hasilkan statistik

  1. Kira rekod mengikut tahun.
  2. Senaraikan sepuluh sumber penerbitan paling kerap.
  3. Senaraikan sepuluh pengarang paling produktif.
  4. Senaraikan sepuluh kata kunci paling kerap.
  5. Kira peratus tahun dengan =Bilangan_Tahun/Jumlah_Rekod.
  6. Semak jumlah setiap jadual terhadap 288 jika kategorinya saling eksklusif.
Prompt 2 · Analisis

Analisis rekod RIS yang telah disahkan. Hasilkan jadual kekerapan tahun, sumber, pengarang dan kata kunci. Nyatakan medan yang digunakan, peraturan pembersihan, bilangan nilai hilang dan denominator bagi setiap peratus. Jangan gabungkan nama atau istilah tanpa menunjukkan pemetaan.

E · Visualisasi dan tafsiran

  1. Bina line atau column chart bagi tahun.
  2. Bina horizontal bar chart bagi sepuluh sumber atau kata kunci.
  3. Tulis empat dapatan dengan angka.
  4. Nyatakan tiga batasan, termasuk tempoh data yang singkat.

Hasil: Audit 288 rekod, empat jadual kekerapan, dua carta, empat dapatan dan tiga batasan.

0 daripada 1 latihan selesai