Modul 4 · Latihan 2 · 30 minit

Semak Analisis Dataset dengan Google Gemini

Gunakan Gemini untuk mengaudit analisis spreadsheet. Gemini tidak menggantikan pengiraan yang telah dibuat.

Prasyarat

Lengkapkan Latihan 1 dan sediakan Data Bersih, quick stats, Pivot Table serta carta.

A · Sediakan fail

  1. Simpan salinan tanpa data peribadi atau sulit.
  2. Pastikan tajuk lajur jelas dan satu baris mewakili satu rekod.
  3. Catat angka kawalan: bilangan rekod, jumlah utama dan bilangan kategori.
  4. Buka Gemini dan muat naik salinan dataset.

B · Audit struktur

  1. Gunakan prompt audit di bawah.
  2. Minta Gemini berhenti selepas menerangkan struktur.
  3. Bandingkan bilangan rekod, lajur dan jenis data dengan spreadsheet.
  4. Betulkan konteks jika Gemini tersalah mengenal pasti unit analisis.
Prompt 1 · Audit

Anda ialah penganalisis data. Terangkan nama helaian, bilangan rekod, semua lajur, jenis data dan unit analisis. Audit nilai kosong, pendua, format tidak konsisten dan nilai luar biasa. Jangan membuat analisis lanjut dan jangan cipta nilai. Nyatakan bukti bagi setiap isu.

C · Semak statistik dan Pivot Table

  1. Berikan angka quick stats daripada Latihan 1.
  2. Minta Gemini mengira semula hanya statistik yang sama.
  3. Bina jadual Perkara, Spreadsheet, Gemini, Perbezaan dan Keputusan.
  4. Jika berbeza, semak julat formula, baris tajuk, nilai kosong dan penapis.
  5. Gunakan formula semakan =ABS(B2-C2) dan perbezaan peratus =IFERROR(ABS(B2-C2)/B2,0).

D · Semak visualisasi

  1. Terangkan paksi, kategori dan tujuan setiap carta.
  2. Minta Gemini menilai sama ada jenis carta sesuai.
  3. Tolak cadangan yang tidak sepadan dengan bentuk data.
  4. Catat sekurang-kurangnya satu pembetulan.
Prompt 2 · Semakan

Bandingkan statistik, Pivot Table dan penerangan carta yang saya berikan dengan dataset. Jangan cipta angka baharu. Kenal pasti pengiraan berganda, formula salah, penapis tertinggal, carta tidak sesuai dan tafsiran yang tidak disokong. Pulangkan jadual: item, bukti, isu, tahap risiko dan pembetulan langkah demi langkah.

E · Dokumentasikan keputusan

  1. Catat satu persamaan, satu perbezaan dan satu kesilapan yang dikesan.
  2. Nyatakan sama ada spreadsheet atau Gemini betul serta bukti keputusan.
  3. Simpan prompt dan respons penting sebagai log analisis.

Hasil: Jadual perbandingan, log pembetulan dan refleksi penggunaan AI.

0 daripada 1 latihan selesai