Pengurusan Literatur & Analisis Rujukan
Gunakan satu topik yang sama dalam enam latihan untuk membina portfolio mini pencarian, analisis dan pengurusan literatur.
1 Asas · 25 minit · Individu Teroka Topik dengan Scopus AI +
Membina gambaran awal bidang dan mengenal pasti konsep serta istilah carian.
- Pilih satu topik berkaitan perkhidmatan perpustakaan.
- Bina satu pertanyaan bahasa biasa.
- Baca Topic Summary dan semak rujukannya.
- Kenal pasti lima konsep atau kata kunci.
- Buka sekurang-kurangnya tiga rujukan.
- Kenal pasti dua Foundational Documents jika tersedia.
- Catat satu batasan jawapan.
Hasil: Satu pertanyaan, lima kata kunci, tiga rujukan disemak, dua dokumen asas dan satu batasan.
2 Asas · 25 minit · Individu Bina Strategi Carian Google Scholar +
Menukar konsep daripada Scopus AI kepada strategi carian literatur yang lebih luas.
- Gunakan kata kunci daripada Latihan 1.
- Bina dua rentetan carian menggunakan frasa dan sinonim.
- Uji carian serta had tahun jika sesuai.
- Buka Cited by bagi satu artikel utama.
- Pilih sepuluh rekod yang berkaitan.
- Catat tarikh carian, rentetan carian dan jumlah hasil.
Hasil: Dua rentetan carian, sepuluh rekod awal dan satu log carian.
3 Pertengahan · 35 minit · Individu Analisis Rekod dengan Publish or Perish +
Membersihkan hasil carian dan memahami metrik sitasi secara berhati-hati.
- Jalankan carian berdasarkan strategi Latihan 2.
- Semak tajuk, pengarang, tahun dan sumber penerbitan.
- Buang rekod tidak berkaitan, salah atribusi atau pendua.
- Catat Papers, Citations, Cites/year, Cites/paper dan h-index.
- Kenal pasti tiga penerbitan paling berpengaruh.
- Tulis satu perenggan interpretasi dan batasan.
- Eksport rekod yang bersih.
Hasil: Set rekod bersih, jadual lima metrik, tiga penerbitan utama, interpretasi dan fail eksport.
4 Asas · 30 minit · Individu Simpan Data RIS daripada Publish or Perish dan Import ke Zotero +
Memindahkan rekod carian yang telah disemak daripada Publish or Perish ke koleksi Zotero tanpa menaip semula metadata.
A · Simpan rekod dalam format RIS
- Buka hasil carian yang telah dibersihkan dalam Publish or Perish.
- Pilih rekod yang hendak disimpan atau gunakan Select all.
- Pilih arahan Save results atau Export, bergantung pada versi perisian.
- Pilih format RIS / Reference Manager.
- Simpan sebagai
pop-literatur-perpustakaan.risdi lokasi yang mudah dikenal pasti. - Pastikan fail mempunyai sambungan
.risdan simpan salinan asal sebagai bukti carian.
B · Import fail RIS ke Zotero
- Buka Zotero Desktop dan cipta koleksi PoP – Literatur Perpustakaan.
- Pilih File → Import → A file (BibTeX, RIS, Zotero RDF, etc.).
- Pilih fail
pop-literatur-perpustakaan.risdan lengkapkan proses import. - Bandingkan bilangan rekod dalam Zotero dengan bilangan rekod yang dieksport daripada Publish or Perish.
- Semak sekurang-kurangnya lima rekod: tajuk, pengarang, tahun, sumber, DOI dan abstrak.
- Catat sebarang metadata yang hilang atau tidak konsisten.
Hasil: Satu fail RIS, satu koleksi Zotero dan log semakan lima rekod.
5 Asas · 40 minit · Individu Import, Semak dan Urus Rekod WoS dalam Zotero +
wos2324.ris · 288 rekod Web of Science tahun 2023–2024
A · Import fail RIS
- Muat turun
wos2324.risdan buka Zotero Desktop. - Di bawah My Library, cipta koleksi WoS Anomaly Detection 2023–2024.
- Pilih File → Import.
- Pilih A file (BibTeX, RIS, Zotero RDF, etc.) dan teruskan.
- Pilih fail
wos2324.risdan lengkapkan proses import. - Buka koleksi yang dihasilkan dan sahkan sebanyak 288 rekod telah diimport.
B · Semak metadata
- Pilih lima rekod secara rawak.
- Semak tajuk, pengarang, tahun, jurnal atau prosiding, DOI, abstrak dan kata kunci.
- Sahkan dataset mengandungi 243 rekod tahun 2023 dan 45 rekod tahun 2024.
- Sahkan jenis dokumen terdiri daripada 237 artikel jurnal dan 51 kertas persidangan.
- Catat metadata yang hilang, tidak konsisten atau memerlukan pembetulan.
| Rekod | Tajuk | Pengarang | Tahun | Sumber | DOI | Status |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 1 | ______ | ______ | ______ | ______ | ______ | Lengkap / Tidak |
| 2 | ______ | ______ | ______ | ______ | ______ | Lengkap / Tidak |
| 3 | ______ | ______ | ______ | ______ | ______ | Lengkap / Tidak |
| 4 | ______ | ______ | ______ | ______ | ______ | Lengkap / Tidak |
| 5 | ______ | ______ | ______ | ______ | ______ | Lengkap / Tidak |
C · Lihat dan urus rekod pendua
- Klik Duplicate Items di panel kiri Zotero.
- Pilih satu kumpulan yang dicadangkan sebagai pendua.
- Bandingkan tajuk, pengarang, tahun, DOI, sumber dan abstrak.
- Cari tajuk Inverse chi-square-based flamingo search optimization with machine learning-based security solution for Internet of Things edge devices.
- Perhatikan bahawa rekod tersebut mempunyai tahun dan DOI berbeza; jangan gabungkan hanya berdasarkan tajuk.
- Pilih versi metadata paling lengkap dan klik Merge Items hanya apabila kedua-duanya benar-benar rekod yang sama.
- Catat rekod yang digabungkan atau dikekalkan serta sebab keputusan tersebut.
Hasil: Koleksi Zotero dengan 288 rekod, semakan lima rekod dan log keputusan bagi rekod pendua.
6 Pertengahan · 30 minit · Kumpulan Dokumentasikan Keseluruhan Aliran Kerja +
Menghasilkan rekod kerja literatur yang boleh diaudit, diterangkan dan digunakan semula.
- Ringkaskan peranan setiap alat dalam satu ayat.
- Rekod pertanyaan Scopus AI dan rentetan Google Scholar.
- Rekod tarikh, penapis dan jumlah hasil.
- Masukkan metrik utama daripada Publish or Perish.
- Nyatakan jumlah rekod akhir dalam Zotero.
- Kenal pasti rekod yang muncul dalam lebih daripada satu sumber.
- Tulis refleksi dan sekurang-kurangnya tiga batasan.
Hasil akhir: Log strategi carian, jadual perbandingan alat, set rekod bersih, koleksi Zotero, bibliografi dan refleksi.