Panduan Alat · Modul 5
Taguette
Perisian percuma dan sumber terbuka untuk mengimport dokumen, menandakan petikan, mengurus kod dan mengeksport hasil analisis kualitatif.
Fungsi utama
- Mencipta projek analisis
- Mengimport DOCX, TXT, PDF, HTML, ODT dan RTF
- Mencipta tag atau kod
- Menandakan petikan dengan satu atau beberapa kod
- Mengeksport buku kod, petikan dan projek
Pilihan penggunaan
Pelayan web: mudah untuk latihan menggunakan data sintetik.
Pemasangan setempat: lebih sesuai untuk data sebenar yang sensitif kerana data kekal pada komputer.
Aliran kerja asas
- Cipta projek dan nyatakan persoalan kajian.
- Import satu format transkrip sahaja. Pilih sama ada DOCX atau TXT.
- Baca seluruh dokumen sebelum menyerlahkan petikan.
- Cipta tag dengan nama dan definisi yang jelas.
- Pilih petikan yang mengandungi satu unit makna.
- Gunakan semula tag sedia ada sebelum mencipta tag baharu.
- Semak semua petikan di bawah setiap tag.
- Eksport projek, buku kod dan petikan sebagai audit trail.
Amalan baik: Jangan import kedua-dua versi DOCX dan TXT bagi transkrip yang sama kerana rekod akan berganda.