PoP · Bahagian 6 daripada 6

Latihan hands-on

Hasilkan satu analisis profil yang boleh diterangkan, bukan sekadar salinan angka.

Latihan 30 minit · Asas

Analisis profil melalui Scopus

1. Pilih Scopus sebagai sumber data.
2. Cari seorang penyelidik menggunakan Scopus Author ID jika tersedia.
3. Semak nama, afiliasi dan bidang.
4. Buang rekod yang salah atau tidak berkaitan.
5. Catat Papers, Citations, Cites/year, Cites/paper dan h-index.
6. Kenal pasti tiga penerbitan paling disitasi.
7. Tulis satu perenggan tafsiran dan satu batasan.
8. Eksport hasil sebagai CSV.

Hasil: Carian bersih, jadual lima metrik, tiga karya utama, satu perenggan tafsiran, satu batasan dan fail CSV.

Semak kefahaman

Sebelum tandakan selesai

Mengapa jumlah sitasi Scopus dan Google Scholar berbeza?

Liputan, jenis dokumen, proses pengindeksan dan kaedah pemadanan sitasi adalah berbeza.

Adakah artikel paling disitasi semestinya paling berkualiti?

Tidak. Sitasi menunjukkan perhatian, bukan secara automatik kualiti, ketepatan atau kesesuaian.

Mengapa data perlu dibersihkan dahulu?

Rekod salah, pendua atau milik pengarang lain akan mengubah metrik dan menghasilkan tafsiran yang tidak sah.