PoP · Bahagian 5 daripada 6
Analisis & tafsiran
Bersihkan hasil sebelum membuat kesimpulan dan rekodkan cara data diperoleh.
Aliran kerja
Daripada carian kepada dapatan
- Nyatakan tujuan: profil pengarang, topik atau jurnal.
- Pilih sumber data dan bina pertanyaan yang sesuai.
- Hadkan tahun jika diperlukan dan jalankan carian.
- Semak identiti pengarang, tajuk, DOI, tahun dan rekod pendua.
- Buang rekod yang salah atau tidak berkaitan.
- Baca beberapa metrik secara bersama.
- Buka dokumen asal bagi dapatan penting.
- Eksport CSV, RIS atau BibTeX dan catat tarikh carian.
Soalan → bukti → tafsiran
Apa yang boleh difahami?
| Soalan | Lihat | Tafsiran awal |
|---|---|---|
| Karya paling berpengaruh? | Cites, Cites/year | Semak artikel teratas dan konteks sitasi. |
| Impak tersebar atau tertumpu? | Senarai artikel, h-index, Cites/paper | Bandingkan taburan, bukan purata sahaja. |
| Pengaruh masih aktif? | Sitasi mengikut masa, AWCR | Lihat sama ada karya masih dirujuk. |
| Pengarang yang betul? | Nama, afiliasi, bidang, Author ID | Buang karya milik individu lain. |
Batasan: Sitasi bukan sinonim kualiti; sitasi boleh bersifat menyokong, mengkritik atau hanya menyebut. Liputan dan angka juga berbeza antara pangkalan data.