Panduan alat · Modul 2

Zotero

Kumpul, bersihkan, susun dan gunakan rujukan dalam dokumen tanpa menaip bibliografi secara manual.

Tiga komponen

Apa yang perlu dipasang?

Zotero Desktop

Mengurus koleksi, metadata, PDF, tag dan nota.

Zotero Connector

Sambungan Chrome, Edge atau Firefox untuk menyimpan artikel daripada pelayar.

Plugin Word

Memasukkan sitasi dan bibliografi dalam Microsoft Word.

Pemasangan

Sediakan Zotero langkah demi langkah

  1. Muat turun Zotero mengikut Windows atau macOS daripada laman rasmi.
  2. Jalankan installer dan buka Zotero selepas pemasangan.
  3. Pasang Zotero Connector mengikut pelayar yang digunakan.
  4. Buka Microsoft Word dan semak sama ada tab Zotero tersedia.
  5. Jika tab tiada, buka Zotero Settings → Cite → Word Processors dan pasang semula add-in.
  6. Pilihan: cipta akaun Zotero untuk penyegerakan antara peranti.
Penggunaan asas

Daripada artikel kepada bibliografi

  1. Cipta New Collection dan berikan nama projek.
  2. Buka artikel dalam pelayar dan klik ikon Zotero Connector.
  3. Semak item type, tajuk, pengarang, tahun, jurnal, DOI dan halaman.
  4. Tambahkan tag dan nota; gabungkan rekod melalui Duplicate Items jika perlu.
  5. Dalam Word, klik Zotero → Add/Edit Citation dan pilih gaya.
  6. Klik Add/Edit Bibliography untuk membina senarai rujukan.
  7. Eksport koleksi sebagai RIS atau CSV untuk kegunaan seterusnya.

Jika Connector tidak berfungsi: Pastikan Zotero Desktop sedang dibuka, Connector aktif dan halaman artikel selesai dimuatkan.

Hasil latihan: Satu koleksi, lima rekod bersih, dua tag, satu sitasi Word, satu bibliografi dan satu fail RIS.